Khamis, 10 Februari 2011
Coklat Valentines
Selasa, 8 Februari 2011
Mesir & Choc Oreo
As Salam. Hari Khamis yang lepas, suami saya bertolak ke Mesir atas tuntutan kerja. Hati memang resah gelisah memandangkan keadaan huru-hara di sana. Tapi, apa nak dikata. Dah bertugas dalam bidang penyiaran, inilah cabaran yang perlu ditempuhi.
Ketika hati berdebar-debar, saya dapat mesej dari seorang jiran yang minta dibuatkan coklat oreo. Tema tak kisah, katanya. Sekadar buat makan-makan untuk memenuhi permintaan si anak. Terus saya turun ke dapur mengadun coklat. Lega rasanya bila terpandangkan hasilnya terutama coklat oreo bertema animals tu. Terima kasih Eita.
Pada kiraan saya, bukan saja makan coklat boleh menenangkan fikiran, membuatnya juga mampu meleraikan kekusutan. :-)
Ketika hati berdebar-debar, saya dapat mesej dari seorang jiran yang minta dibuatkan coklat oreo. Tema tak kisah, katanya. Sekadar buat makan-makan untuk memenuhi permintaan si anak. Terus saya turun ke dapur mengadun coklat. Lega rasanya bila terpandangkan hasilnya terutama coklat oreo bertema animals tu. Terima kasih Eita.
Pada kiraan saya, bukan saja makan coklat boleh menenangkan fikiran, membuatnya juga mampu meleraikan kekusutan. :-)
Khamis, 3 Februari 2011
Choc Oreo Hadiah Anniversary
Kali ini, tempahan datangnya daripada adik ipar saya sendiri. Ia sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-5. Semoga Sri & Hafiz dilimpahi rezeki & kebahagiaan disamping anak-anak, Aisy Irfan Rizqin & Izz Khilfy Uzair.
Rabu, 2 Februari 2011
Choc Oreo & 25 Cav Praline Tema Ungu Putih
25 cavity praline bertema ungu & putih dijadikan pek untuk hantaran manakala 40 biji oreo choc dengan warna tema yang sama dijadikan buah tangan bagi rombongan pihak lelaki. Terima kasih kepada Wawa :)
Selasa, 1 Februari 2011
Chocolate Bean
Chocolate Bean kini dijual. Sesuai sebagai kudap-kudapan menghilangkan mengantuk semasa bekerja/belajar/memandu.
Isnin, 31 Januari 2011
12 Cavity Mix Praline
Ini merupakan tempahan ketiga daripada S/N Raha. Terima kasih kak, atas kepercayaan dan kesudian akak melanggan coklat saya. Tempahan pertama dan kedua (dua-dua lolichoc) saya terlupa ambil gambarnya. Yang ketiga ni, khabarnya untuk seorang rakan yang akan bertunang. Semoga semuanya selamat.
Rabu, 26 Januari 2011
Love box S size & Birthday Suprise
Tempahan yang sempat saya siapkan hari ini. Yang pertama ni, LOVE box S size. Hadiah dari seorang kekasih kepada kekasih hatinya. Romantik sungguh! Terima kasih kepada Atyqa Ruslee bakal pengapit pengantin. Pesan Atyqa kepada saya semasa membuat tempahan agar menggunakan natural colour sahaja kerana dia agak fobia dengan coklat yang berwarna terang. "Terasa macam tengah makan plastik/lilin", katanya.
Ini pula tempahan kilat yang saya terima pagi tadi. Si isteri mahu buat kejutan hari jadi buat suaminya Jumaat ini. Nasib baik Puan Hanizan tak banyak kerenah. Terima sahaja apa yang ada dalam stok saya. Maklumlah, kan tempahan 'kilat'. Walau apa pun, saya buat yang terbaik. Semoga Puan Hanizan & suami suka dan bahagia selalu.
Sepetang Bercoklat Bersama Maklong
Dalam sibuk-sibuk menerima tempahan para pelanggan, saya dikejutkan dengan berita Maklong saya nak belajar buat coklat. Maklong saya ni memang seorang yang gigih dalam bisnes. Sebut saja bisnes jenis apa, semua pernah diceburi dan yang paling popular dan melekat di hati saya ialah kuih tart nenas.
Kesediaan Maklong menjengah rumah dan belajar membentuk coklat memang saya sambut dengan gembira. Sekurang-kurangnya selepas ini, adalah juga tempat saya bercerita tentang 'karenah' coklat.
Berikut adalah hasil air tangan pertama Maklong.
Kesediaan Maklong menjengah rumah dan belajar membentuk coklat memang saya sambut dengan gembira. Sekurang-kurangnya selepas ini, adalah juga tempat saya bercerita tentang 'karenah' coklat.
Berikut adalah hasil air tangan pertama Maklong.
Jumaat, 14 Januari 2011
Salam :)
:: Salam Perkenalan ::
Di Teratak Coklat Alya, saya menyajikan coklat-coklat buatan tangan yang sesuai untuk pelbagai majlis. Insyaallah, ia dijamin bersih dan sedap. Harganya pula boleh disesuaikan dengan bajet anda.
Ini merupakan pek ekonomi yang sangat popular di kalangan pelanggan saya.
Warna, bentuk dan bilangan coklat boleh dipilih sendiri oleh para pelanggan mengikut kesesuaian tema majlis.
Contoh-contoh coklat 25 cavity yang sesuai untuk hantaran atau hadiah buat yang tersayang.
Jika ingin sampaikan mesej tapi malu untuk meluahkan, inilah cara yang terbaik. Lebih maniskan?
Antara koleksi lolichoc.
Juga koleksi coklat kartun yang sangat comel di mata dan sedap juga apabila dimakan.
Jika ada yang berkenan, jangan malu dan segan untuk menghubungi saya, Amy Hamid : 016-2306751. Beberapa koleksi coklat terbaru akan menyusul. Nantikan paparan seterusnya.
Langgan:
Catatan (Atom)