Khamis, 10 Februari 2011

Coklat Valentines



Buat sekian kalinya, order dari S/N Raha. Terima kasih ye. Dan sekali lagi saya lupa mengambil gambar lolichoc yang turut ditempah bersama-sama pek hadiah ini.

Selasa, 8 Februari 2011

Mesir & Choc Oreo

As Salam. Hari Khamis yang lepas, suami saya bertolak ke Mesir atas tuntutan kerja. Hati memang resah gelisah memandangkan keadaan huru-hara di sana. Tapi, apa nak dikata. Dah bertugas dalam bidang penyiaran, inilah cabaran yang perlu ditempuhi.

Ketika hati berdebar-debar, saya dapat mesej dari seorang jiran yang minta dibuatkan coklat oreo. Tema tak kisah, katanya. Sekadar buat makan-makan untuk memenuhi permintaan si anak. Terus saya turun ke dapur mengadun coklat. Lega rasanya bila terpandangkan hasilnya terutama coklat oreo bertema animals tu. Terima kasih Eita.

Pada kiraan saya, bukan saja makan coklat boleh menenangkan fikiran, membuatnya juga mampu meleraikan kekusutan. :-)

Khamis, 3 Februari 2011

Choc Oreo Hadiah Anniversary

Kali ini, tempahan datangnya daripada adik ipar saya sendiri. Ia sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-5. Semoga Sri & Hafiz dilimpahi rezeki & kebahagiaan disamping anak-anak, Aisy Irfan Rizqin & Izz Khilfy Uzair.





Rabu, 2 Februari 2011

Choc Oreo & 25 Cav Praline Tema Ungu Putih

25 cavity praline bertema ungu & putih dijadikan pek untuk hantaran manakala 40 biji oreo choc dengan warna tema yang sama dijadikan buah tangan bagi rombongan pihak lelaki. Terima kasih kepada Wawa :)





Selasa, 1 Februari 2011

Chocolate Bean

Chocolate Bean kini dijual. Sesuai sebagai kudap-kudapan menghilangkan mengantuk semasa bekerja/belajar/memandu.