Jumaat, 8 Jun 2012

Coklat Hantaran





Alhamdulillah. Siap sudah tempahan 2 set hantaran daripada Ustazah Mazura. Ustazah telah membuat tempahan dari bulan lepas lagi. Terima kasih ye, kerana yakin dengan hasil kerja saya. Kotak warna perak berkerawang itu adalah custom made. Comel.

Selasa, 5 Jun 2012

Bila buah dan coklat bersatu...



Kalau nakkan kelainan dalam menikmati coklat, inilah jawapannya. Buah epal hijau atau merah yang dicelup coklat. Pilihan terpulang pada citarasa pelanggan samada mahukan coklat hitam atau putih. Yang pasti, ianya comel untuk dijadikan buah tangan dan hadiah kepada yang tersayang. :)




Cornflake coklat ini saya buka untuk tempahannya mulai sekarang sehinggalah musim raya nanti. Saya juga mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin menjadi ejen atau yang ingin buat belian borong. Sms atau pm saja saya ye.

Assalamualaikum.
Lebih setahun membiarkan blog bersawang.
Bila terasa ingin menulis sesuatu di sini, terlupa pula passwordnya.
Jadi, banyaklah perkara penting dan manis yang terbiar tanpa catatan.
Takpe. Kita mula dengan azam dan semangat baru.
Yeah!!!

Khamis, 10 Februari 2011

Coklat Valentines



Buat sekian kalinya, order dari S/N Raha. Terima kasih ye. Dan sekali lagi saya lupa mengambil gambar lolichoc yang turut ditempah bersama-sama pek hadiah ini.

Selasa, 8 Februari 2011

Mesir & Choc Oreo

As Salam. Hari Khamis yang lepas, suami saya bertolak ke Mesir atas tuntutan kerja. Hati memang resah gelisah memandangkan keadaan huru-hara di sana. Tapi, apa nak dikata. Dah bertugas dalam bidang penyiaran, inilah cabaran yang perlu ditempuhi.

Ketika hati berdebar-debar, saya dapat mesej dari seorang jiran yang minta dibuatkan coklat oreo. Tema tak kisah, katanya. Sekadar buat makan-makan untuk memenuhi permintaan si anak. Terus saya turun ke dapur mengadun coklat. Lega rasanya bila terpandangkan hasilnya terutama coklat oreo bertema animals tu. Terima kasih Eita.

Pada kiraan saya, bukan saja makan coklat boleh menenangkan fikiran, membuatnya juga mampu meleraikan kekusutan. :-)

Khamis, 3 Februari 2011

Choc Oreo Hadiah Anniversary

Kali ini, tempahan datangnya daripada adik ipar saya sendiri. Ia sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-5. Semoga Sri & Hafiz dilimpahi rezeki & kebahagiaan disamping anak-anak, Aisy Irfan Rizqin & Izz Khilfy Uzair.