Selasa, 8 Februari 2011

Mesir & Choc Oreo

As Salam. Hari Khamis yang lepas, suami saya bertolak ke Mesir atas tuntutan kerja. Hati memang resah gelisah memandangkan keadaan huru-hara di sana. Tapi, apa nak dikata. Dah bertugas dalam bidang penyiaran, inilah cabaran yang perlu ditempuhi.

Ketika hati berdebar-debar, saya dapat mesej dari seorang jiran yang minta dibuatkan coklat oreo. Tema tak kisah, katanya. Sekadar buat makan-makan untuk memenuhi permintaan si anak. Terus saya turun ke dapur mengadun coklat. Lega rasanya bila terpandangkan hasilnya terutama coklat oreo bertema animals tu. Terima kasih Eita.

Pada kiraan saya, bukan saja makan coklat boleh menenangkan fikiran, membuatnya juga mampu meleraikan kekusutan. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan