Rabu, 26 Januari 2011

Love box S size & Birthday Suprise

Tempahan yang sempat saya siapkan hari ini. Yang pertama ni, LOVE box S size. Hadiah dari seorang kekasih kepada kekasih hatinya. Romantik sungguh! Terima kasih kepada Atyqa Ruslee bakal pengapit pengantin. Pesan Atyqa kepada saya semasa membuat tempahan agar menggunakan natural colour sahaja kerana dia agak fobia dengan coklat yang berwarna terang. "Terasa macam tengah makan plastik/lilin", katanya.








Ini pula tempahan kilat yang saya terima pagi tadi. Si isteri mahu buat kejutan hari jadi buat suaminya Jumaat ini. Nasib baik Puan Hanizan tak banyak kerenah. Terima sahaja apa yang ada dalam stok saya. Maklumlah, kan tempahan 'kilat'. Walau apa pun, saya buat yang terbaik. Semoga Puan Hanizan & suami suka dan bahagia selalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan