Isnin, 31 Januari 2011

12 Cavity Mix Praline

Ini merupakan tempahan ketiga daripada S/N Raha. Terima kasih kak, atas kepercayaan dan kesudian akak melanggan coklat saya. Tempahan pertama dan kedua (dua-dua lolichoc) saya terlupa ambil gambarnya. Yang ketiga ni, khabarnya untuk seorang rakan yang akan bertunang. Semoga semuanya selamat.



Rabu, 26 Januari 2011

Love box S size & Birthday Suprise

Tempahan yang sempat saya siapkan hari ini. Yang pertama ni, LOVE box S size. Hadiah dari seorang kekasih kepada kekasih hatinya. Romantik sungguh! Terima kasih kepada Atyqa Ruslee bakal pengapit pengantin. Pesan Atyqa kepada saya semasa membuat tempahan agar menggunakan natural colour sahaja kerana dia agak fobia dengan coklat yang berwarna terang. "Terasa macam tengah makan plastik/lilin", katanya.








Ini pula tempahan kilat yang saya terima pagi tadi. Si isteri mahu buat kejutan hari jadi buat suaminya Jumaat ini. Nasib baik Puan Hanizan tak banyak kerenah. Terima sahaja apa yang ada dalam stok saya. Maklumlah, kan tempahan 'kilat'. Walau apa pun, saya buat yang terbaik. Semoga Puan Hanizan & suami suka dan bahagia selalu.


Sepetang Bercoklat Bersama Maklong

Dalam sibuk-sibuk menerima tempahan para pelanggan, saya dikejutkan dengan berita Maklong saya nak belajar buat coklat. Maklong saya ni memang seorang yang gigih dalam bisnes. Sebut saja bisnes jenis apa, semua pernah diceburi dan yang paling popular dan melekat di hati saya ialah kuih tart nenas.

Kesediaan Maklong menjengah rumah dan belajar membentuk coklat memang saya sambut dengan gembira. Sekurang-kurangnya selepas ini, adalah juga tempat saya bercerita tentang 'karenah' coklat.

Berikut adalah hasil air tangan pertama Maklong.













Jumaat, 14 Januari 2011

Salam :)

:: Salam Perkenalan ::


 Di Teratak Coklat Alya, saya menyajikan coklat-coklat buatan tangan yang sesuai untuk pelbagai majlis. Insyaallah, ia dijamin bersih dan sedap. Harganya pula boleh disesuaikan dengan bajet anda.

 Ini merupakan pek ekonomi yang sangat popular di kalangan pelanggan saya.


 Warna, bentuk dan bilangan coklat boleh dipilih sendiri oleh para pelanggan mengikut kesesuaian tema majlis.




 Contoh-contoh coklat 25 cavity yang sesuai untuk hantaran atau hadiah buat yang tersayang.



 Jika ingin sampaikan mesej tapi malu untuk meluahkan, inilah cara yang terbaik. Lebih maniskan?


 Antara koleksi lolichoc.


 Juga koleksi coklat kartun yang sangat comel di mata dan sedap juga apabila dimakan.
Jika ada yang berkenan, jangan malu dan segan untuk menghubungi saya, Amy Hamid : 016-2306751. Beberapa koleksi coklat terbaru akan menyusul. Nantikan paparan seterusnya.